Thursday, 26 April 2012

Cantik Atau Comel ?

Seorang lelaki yg sedang menuntut di sebuah kolej amat meminati seorang gadis yang menjadi pujaan ramai siswa yang lain.Kerana kekurangan yang ada pada dirinya,dia hanya memendam perasaan itu.Baginya,tak mungkin siswi tersebut akan menerimanya sedangkan ramai lagi siswa yang lebih layak.
Dalam diam-diam,sebenarnya siswi tersebut turut menyimpan perasaan terhadap dia.

Suatu petang selepas kuliah,di cafe.

''Hey kawan!"sapa kawan kepada siswa yang diminati siswi tersebut.
"Assalamualaikum."Siswa itu menjawab dengan tenang bersama senyuman menyindir.
"Err,Waalaikumsalam.Nak tanya something boleh?Maaflah kalau tiba-tiba je."
"Tak ganggu pun.Kebetulan tengah free ni.Tanya lah."Sekali lagi membuat Siswi tadi tersindir kerana kegopohannya.
"Kau ni.Suka buat orang gelak kan.Patutlah ada budak hot minat kau"Si gadis cuba membuat Siswa pula gopoh.
"Biasalah,aku memang disukai ramai budak hot.Malaysia kan negara panas."Sedikit pun tidak teruja dengan kenyataan gadis tersebut.
Tanpa disedari,perbualan mereka didengari oleh Siswi yang diminati oleh si jejaka.Dia hanya tergelak melihat telatah lelaki pujaannya.
"Ni aku nak tanya ni.Bagi kau,si ... tu cantik tak?"
"Ouh.Tak."laju jawapan tersebut keluar dari mulut sang jejaka.
Gadis yang duduk di belakang beliau terkejut dengan jawapan itu.Tanpa disedari air matanya mengalir.
"Kenapa kau cakap macam tu?Kau buta ni.Ramai kot lelaki yang minat dia."Tanya si gadis yang juga terkejut dengan kenyataan itu.
"Bagi aku,dia comel.sikitpun tak cantik."Terang si jejaka dengan tenang.

Kebetulan,Pensyarah Psikologi merangkap ayah jejaka tersebut berada berhampiran mereka dan mendengar perbualan mereka dengan teliti.Dia ingin mendengar apa perbezaan antara comel dan cantik di mata anak lelakinya.

"Kau nak tahu apa beza comel dengan cantik?"Tanya si jejaka melihat si gadis terpinga-pinga.
Sementara itu,Siswi yang menangis mengangkat kepala ingin mendengar kata-kata sang jejaka.
"Mestilah nak.Aku rasa sama je.Kau ni gila lah."Jawab si gadis.
"Kau pernah dengar tak orang cakap 'cantiknya baby ni!' or 'cantiknya nenek ni!'.Tak pernah kan?"
Tanpa menunggu jawapan,dia menyambung.
"Tapi mesti kau selalu dengar 'comelnya bayi ni!' or 'comelnya nenek ni!".Tenang dan bersahaja.
"So?Apa yang kau nak jelaskan?Aku sikit pun tak faham lah."Tanya si gadis jelas semakin keliru.
Sementara itu,si ayah tersenyum mendengar penjelasan anaknya.
Namun,senyuman itu hilang serta-merta apabila anaknya tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
Semua yang berada di cafe pergi ke arahnya.Si bapa mengangkat anaknya dan,Siswi yang meminati anaknya turut membantu.
Rupa-rupanya,si jejaka menghidap barah otak peringkat akhir.Bapanya sendiri mengesahkan bahawa anaknya telah kembali menghadapNya.
"Apa yang anak saya maksudkan ialah,kecantikan akan hilang dimamah usia.Kecantikan takkan kekal,boleh direka,boleh ditipu,boleh dipermain teknologi.Tetapi apabila seseorang itu comel,ianya akan kekal selamanya.Tak pernah mampu ditipu,direka mahupun dipermain teknologi"

Kedua-dua gadis tersebut terkejut dengan jawapan pensyarah itu.
Mereka berpandangan.
  ^.^


Sayang,org tak pernah cakap awak cantik kan.Inilah sebabnya =)

1 comment:

Luahkan segala yang terpendam lepas baca blog ny.
1 pun jadi lah ^^